Remaja 16 tahun dijangkiti penyakit kelamin lepas ke Siam

4 hours ago 3

PETALING JAYA – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun menanggung akibat perbuatan sendiri apabila disahkan dijangkiti penyakit kelamin selepas melakukan hubungan terlarang ketika bercuti ke Thailand bersama rakannya minggu lalu.

Menerusi dialog perbualan yang dikongsikan pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan Awang di Instagramnya, remaja berkenaan mengakui diajak rakannya ke ‘suatu tempat’ sebelum didedahkan dengan aktiviti langganan pelacur.

“Minggu lepas kawan ajak ke Siam saja jalan-jalan. Kawan ajak ke satu tempat, dia kata nak cuba something new (sesuatu yang baharu). Saya ikut sahaja,” jujur remaja itu ketika disoal Dr. Ahmad Samhan.

Kata remaja itu lagi, pelacur terbabit hanya meminta bayaran RM50 sebagai ‘saguhati’ dan duit yang digunakan adalah wang belanja daripada ibunya.

Dalam sesi perbualan antara Dr. Ahmad Samhan dan remaja itu, antara punca awal pelajar 16 tahun terbabit hadir mendapatkan rawatan di klinik adalah disebabkan alat sulitnya mengeluarkan cecair nanah.

Dr. Ahmad Samhan turut menitipkan nasihat kepada remaja terbabit dan memintanya segera bertaubat.

“Adik, awak ini nak berkawan pun kena pilih. Jangan mudah terikut-ikut. Kena tahu beza yang mana haram dan yang mana halal.

“Kemungkinan besar awak dah dijangkiti penyakit kelamin. Muda-muda dah ada penyakit kelamin. Jauh lagi perjalanan hidup awak. Awak kena bertaubat,” pesannya.

Tambahnya, ibu bapa juga perlu memainkan peranan utama dalam memberi didikan kehiduoan kepada anak-anak termasuklah melibatkan pengetahuan seksual.

“Mungkin ramai ibu bapa terlepas pandang untuk pantau aktiviti anak-anak di disebabkan kesibukan kerjaya. Dengan siapa dia berkawan,dengan siapa dia keluar. Apatah lagi untuk bercerita tentang pengetahuan seks di peringkat awal.

“Jangan malu untuk beri pendedahan awal tentang pengetahuan seks dengan anak-anak. Apa itu baligh. Apa itu haid. Hubungan seks halal dan haram. Jangan hanya lepas tangan pada guru,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |