‘Kalau haid, jangan lepak dalam surau, menyusahkan orang nak solat’

4 hours ago 2

PETALING JAYA – Seorang pengguna Thread meluahkan ketidakpuasan hati terhadap segelintir wanita yang sedang datang bulan atau uzur syarie, tetapi ‘melepak’ duduk menunggu di dalam surau pusat beli-belah sehingga menyukarkan orang lain untuk menunaikan solat.

Menerusi hantaran seorang pengguna Thread, dia berkata, perbuatan tersebut bukan sahaja menyebabkan surau penuh, malah menyusahkan orang lain kerana ruang solat menjadi terlalu sempit.

“Perempuan yang period boleh ada ‘common sense’ tak? Bila tak boleh solat, surau kecil, duduk lah tunggu kawan kat luar. Penuh orang nak tunggu giliran maghrib berdiri nak solat.

“Kau duduk main telefon dalam surau kecil tu makan ruang. Tolonglah peka dengan situasi sikit boleh tak? Tadi ada ramai mak cik tua berdiri tunggu giliran, kasihan,” luahnya menerusi satu hantaran.

Ia mendapat pelbagai maklum balas dan ramai pengguna Thread turut bersetuju dengan luahan wanita tersebut.

“Betul, ada yang duduk kat belakang rapat ke dinding, ada yang menyempit dekat-dekat cermin. Paling teruk saya pernah jumpa, dia duduk sebelah kawan dia yang tengah solat. Tolong lah kalau tak boleh solat, tak payah masuk surau,” komen seorang individu.

“Dulu surau kat KLCC ada mak cik jaga waktu kemuncak terutama maghrib dan halau siapa yang duduk lepak. Kita nak bersiap depan cermin pun memang rasa nak cepat sebab takut,” kata seorang lagi pengguna Thread.

“Selain tu ada yang jenis lepas solat, duduk atas sejadah sebab nak bersolek. Berjemaah pula sempat bergosip. Dah lah surau tak cukup sejadah. Kalau surau berkarpet tak ada masalah, ini jubin saja. Selalu jumpa geng macam ni di pusat beli-belah,” luah seorang individu.

“Saya pernah jumpa perempuan makan mi segera di hujung surau kecil, surau tu penuh dengan orang tengah solat. Ia berlaku di bulan Ramadan, memang tak ada ‘common sense’, orang pergi surau nak solat. Sah-sah lah mereka berpuasa, kau boleh melantak mi segera kat surau,” marah seorang lagi individu. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |