KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membayar ganti rugi RM10,000 sehari kepada keluarga Pastor Raymond Koh bermula kehilangannya selepas diculik, lapan tahun lalu.
Hakim Datuk Su Tiang Joo mengarahkan ganti rugi RM10,000 itu bermula kehilangan lelaki itu pada 13 Februari 2017 hingga polis mendedahkan keberadaannya.
Untuk rekod Raymond diculik ketika sedang memandu di Petaling Jaya namun sehingga kini, beliau hilang selama 3,188 hari.
Pada masa sama, mahkamah memutuskan, satu atau lebih defendan, yang terdiri daripada pegawai polis berkhidmat dan bekas pegawai, terlibat dalam penculikan Raymond dan bertindak mengikut ‘satu arahan’.
Semasa perbicaraan, mahkamah diberitahu bahawa lima lelaki bertopeng dengan pakaian seragam tentera berwarna hitam menarik Raymanod keluar dari keretanya.
Isterinya Susanna Liew memfailkan saman terhadap polis dan kerajaan atas penglibatan kerajaan dalam kehilangannya serta cara pihak berkuasa menyiasat kes itu.
Terdahulu dalam prosiding sama, mahkamah turut memerintahkan PDRM an kerajaan Mahkamah Tinggi di membayar ganti rugi berjumlah RM3 juta kepada isteri seorang aktivis Amri Che Mat, apabila memutuskan kedua-dua pihak itu bertanggungjawab secara tidak langsung ke atas kehilangan lelaki terbabit.
Selain itu, mahkamah turut mengarahkan PDRM membuka semula siasatan kehilangan Amri bermula hari ini dan melaporkan perkembangan kepada Peguam Negara (AG) setiap dua bulan.
Sebelum ini, isteri Amri iaitu Noorhayati Mohd Ariffin memfailkan saman terhadap kerajaan, polis dan empat yang lain pada 18 November 2019 dan menuntut ganti rugi teruk dan teladan atas kerugian yang dialaminya akibat kehilangan Amri pada tahun 2016 .
Dia pada mulanya memfailkan saman terhadap 21 defendan. Namun sebelum membaca penghakiman hari ini, mahkamah mengesahkan dengan peguam Noorhayati, Surendra Ananth, bahawa dia telah menggugurkan saman terhadap 15 individu, termasuk Ahmad Zahid Hamidi, yang merupakan Menteri Dalam Negeri antara 16 Mei 2013 hingga 9 Mei 2018.
Sebelum ini media melaporkan siasatan kehilangan Amri yang hilang pada 2016 dan Raymond yang diculik pada 2017 masih berterusan hingga kini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa siasatan yang dilaksanakan oleh PDRM untuk mengesan mangsa dan suspek yang bertanggungjawab dibuat dengan telus. – KOSMO! ONLINE

8 hours ago
3











![[VIDEO] Isteri Prince Syed masuk hospital tiada kaitan komplikasi bariatrik](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/Dr.-Abdul-Gafoor-ketika-mengulas-mengenai-keadaan-Fatin-Syazwani-di-TikToknya-semalam..jpeg)






![[VIDEO] Pengawal sekolah dirai besar-besaran pada majlis persaraan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/Tangkap-layar-memaparkan-hantaran-oleh-@Kak-Rock-Laa-di-laman-TikTok.jpeg)






























