Kembara Sufi terima anugerah pencapaian terbaiknya di BBEA 2025

1 hour ago 2

PETALING JAYA – Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd (Kembara Sufi) menerima anugerah Business Excellence in Travel and Tourism Services Award pada majlis Bumiputera Business Excellence Awards (BBEA) 2025, yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

 Pencapaian ini menandakan satu detik membanggakan bagi syarikat yang terus komited memperjuangkan pengalaman perjalanan yang bermakna, perkhidmatan berkualiti dan penyelesaian pelancongan yang berfokus kepada pelanggan.

Pengiktirafan peringkat nasional ini juga meraikan sumbangan jangka panjang Kembara Sufi dalam sektor pelancongan negara, terutamanya melalui penyediaan pakej perjalanan yang teratur, pengurusan perjalanan yang lancar serta perkhidmatan yang dipercayai sehingga berjaya meraih keyakinan para pelancong dalam dan luar negara.

Pengasas syarikat, Muhammad Al-Fadzil berkata, penganugerahan ini  menjadi bukti perjalanan syarikat sejak ia ditubuhkan.

Menurut beliau,  anugerah ini lebih daripada sekadar pengiktirafan dan ia mencerminkan kepercayaan para pelancong yang telah bersama syarikat selama ini.

“Setiap itinerari yang kami rangka dan setiap perjalanan yang di uruskan berpandukan keyakinan bahawa kembara harus memberi makna, keselamatan dan pengalaman yang memperkaya.

“Kami amat bersyukur menerima penghormatan ini dan ia memberi semangat untuk terus berkhidmat dengan keikhlasan dan komitmen,” katanya dalam kenyataan.

Muhammad Al-Fadzil menerangkan, pengiktirafan ini menguatkan tekad syarikat untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan pelancongan di Malaysia.

Kembara Sufi terkenal dengan penyediaan pakej pelancongan yang dihimpunkan dengan teliti merangkumi lawatan domestik, perjalanan antarabangsa, itinerari mesra muslim, pakej berkumpulan tersuai serta perkhidmatan perjalanan korporat.

Semuanya dirangka dengan penekanan kepada keselamatan, keselesaan dan kehendak pelanggan.

Keistimewaannya juga terletak pada komitmennya memastikan para pelancong dibimbing dan disokong pada setiap peringkat perjalanan.

“Daripada perancangan awal sehinggalah pengalaman di lapangan, syarikat menitikberatkan ketelusan, kepekaan budaya dan pengalaman pelancongan yang autentik.

“Pendekatan ini telah membantu jenama tersebut membina komuniti pelanggan setia serta mengukuhkan kedudukannya dalam industri pelancongan Malaysia yang semakin kompetitif,” ujarnya.

Selepas menerima anugerah  BBEA 2025, Kembara Sufi merancang untuk memperluaskan penawaran perkhidmatan sambil mengekalkan nilai terasnya termasuk integriti, kepedulian dan sentuhan peribadi.

Syarikat juga akan memperkukuh kehadiran digital bagi memudahkan proses tempahan, memperluas rangkaian pakej mesra muslim dan meningkatkan sokongan pelanggan bagi pelancong santai mahupun korporat.

Syarikat juga sedang meneroka kerjasama dengan rakan pelancongan serantau untuk memperkenalkan itinerari baharu, pengalaman budaya segar dan perkhidmatan tambah nilai yang boleh menarik lebih ramai pelancong. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |