Kem Kepimpinan lengkapi program pembelajaran MyPAC

6 hours ago 3

PETALING JAYA – Kem Ke­pim­pinan anjuran Malaysia Pro­fessional Accountancy Centre (MyPAC) yang berlangsung selama dua hari pada perte­ngahan bulan lalu telah berjaya mencapai objektifnya untuk memberi pendedahan kepada pelajar ten­­tang ilmu kepimpinan, mem­bi­na jati diri, keyakinan dan me­ngukuhkan jari­ngan sosial.

Kepelbagaian modul yang dilaksanakan di dalam dan luar kelas sepanjang kem tersebut turut membantu meningkatkan kemahiran berkomunikasi serta pengurusan masa, antara elemen penting bagi seorang bakal akauntan pada masa de­pan.

Rata-rata peserta menyifat­kan kem tersebut adalah pe­leng­kap kepada program pem­belajaran yang dijalani di MyPAC.

Muhammad Haziq Ishamuddin, 21, dari Kota Tinggi berkata, penyertaannya buat kali ke­empat dalam kem tersebut mem­buktikan keberkesanan pro­­gram yang dijalankan secara konsisten dan semakin bertambah baik dari tahun ke tahun.

“Setiap tahun, MyPAC sentiasa ambil maklum balas pelajar. Kali ini saya lihat mereka benar-benar beri tumpuan ke­pada peningkatan dari segi penginapan, modul serta pendekatan fa­silitator. Penginapan pun bo­leh saya kata bertaraf lima bintang,” katanya.

Haziq yang bakal menamatkan pengajian dan menjadi gra­­duan tahun ini berkata, kem tersebut memberi ba­nyak ke­nangan, terutama dalam mem­bina hubungan dengan pe­­ser­ta baharu dari seluruh ne­gara.

Sementara itu, Nur Adriana Af­za Mohd. Zhafran Athari, 20, da­ri Damansara berkata, dia ter­­tarik dengan aktiviti luar yang menyeronokkan dan menca­bar dalam kem tersebut.

“Saya suka cabaran, aktiviti luar tidak hanya membentuk di­­siplin diri, malah menjadi ruang penting untuk mengurus tekanan belajar.

“Saya sedang menghadapi ming­gu peperiksaan dan teka­nan agak tinggi. Aktiviti luar seperti ini beri saya peluang untuk lepaskan stres, luangkan masa dengan rakan dan seimbangkan semula emosi,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |