PETALING JAYA – Inisiatif Kampung Angkat Madani (KAM) dan Sekolah Angkat Madani (SAM) oleh Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah berjaya menyediakan pelbagai kemudahan dan infrastruktur asas kepada penduduk kampung di Terengganu.
Ketua Pengarah NAHRIM, Datuk Ir. Mohd. Zaki Mat Amin berkata, projek KAM telah dilaksanakan di Kampung Bukit dan Kampong Tayor, Ulu Nerus, Setiu.
Jelas beliau, melalui program itu, pihaknya menerusi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) telah melaksanakan beberapa projek termasuk baik pulih jalan.
Turut dilaksanakan projek menaik taraf kemudahan awam kampung seperti pembangunan sistem air hibrid NAHRIM, fasiliti sukan dan van jenazah untuk kegunaan warga kampung.
“Pelaksanaan projek KAM ini adalah bukti iltizam Kerajaan Madani untuk memastikan ia memberi manfaat secara langsung kepada kemudahan fizikal dan aktiviti sosio-ekonomi penduduk kampung.
“Terima kasih kepada semua pihak di pelbagai peringkat persekutuan, negeri, daerah, pimpinan masyarakat serta seluruh lapisan komuniti kerana telah membantu memberi sokongan secara langsung atau tidak langsung bagi memastikan kejayaan program ini,”katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, Mohd, Zaki berkata, bagi program SAM, ia telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Durian Burung, Kuala Terengganu.
Menurutnya, program tersebut melibatkan naiktaraf fasiliti fizikal dewan sekolah, bilik guru, pusat sumber dan sistem audio visual bagi platform podcast D’Birds yang dihoskan oleh pelajar sekolah berkenaan.
“Besar harapan saya agar program SAM NAHRIM ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak sekolah melalui inisiatif yang telah dilaksanakan terutamanya dengan kerjasama yang lebih erat bersama pihak PIBG, ibu bapa dan masyarakat sekitar.
“Peluang ini wajar diambil agar SK Durian Burung selaku sekolah angkat NAHRIM dapat menggalakkan pembabitan dan pendedahan murid dengan kemajuan tekonologi terkini dalam era digital dalam mendepani cabaran terutamanya di peringkat sekolah menengah dan institusi pendidikan tinggi kelak,” katanya.-KOSMO! ONLINE

6 hours ago
2










![[VIDEO] Isteri Prince Syed masuk hospital tiada kaitan komplikasi bariatrik](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/Dr.-Abdul-Gafoor-ketika-mengulas-mengenai-keadaan-Fatin-Syazwani-di-TikToknya-semalam..jpeg)






![[VIDEO] Pengawal sekolah dirai besar-besaran pada majlis persaraan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/Tangkap-layar-memaparkan-hantaran-oleh-@Kak-Rock-Laa-di-laman-TikTok.jpeg)






























