KUALA LUMPUR – Beregu campuran No. 1 negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menepati ramalan apabila berjaya meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Australia di Sydney.
Pada pusingan pertama di Olympic Boulevard hari ini, gandingan No. 4 dunia itu dipaksa berhempas pulas di set pertama sebelum menewaskan rakan senegara, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien menerusi keputusan straight set 21-19, 21-9.
Walaupun mencatat kemenangan, namun pilihan utama itu dilihat agak bergelut lebih-lebih lagi mereka baru kembali ke aksi kompetitif selepas tidak menyertai beberapa kejohanan sebelum ini.
Menjelang pusingan kedua esok, juara dunia itu akan berdepan beregu Taiwan, Liu Kuang Heng-Jheng Yu Chieh yang menewaskan rakan senegara, Lu Ming Che-Hung En Tzu 21-18, 21-14.
Terdahulu, anak-anak buah Nova Widianto itu terpaksa melupakan beberapa kejohanan sebelum ini termasuk Korea Masters dan Kumamoto Masters selepas Tang Jie berdepan masalah kecederaan bahu.
Turut meneruskan kemaraan ke pusingan kedua adalah beregu lelaki negara, Wan Arif Junaidi-Yap Roy King yang menewaskan beregu tuan rumah, Phillip Halim-Landon Hosea Kurniawan 21-8, 21-11.
Esok, pasangan No. 18 dunia itu dijadualkan bertemu gandingan berpengalaman, Choi Sol Gyu-Goh V Shem yang turut menewaskan beregu Australia, Raphael Chris Deloy-Adam Jeffrey 21-8, 21-13.
Perseorangan wanita, Wong Ling Ching juga tidak berdepan banyak masalah melangkah ke pusingan kedua selepas mudah membenam cabaran wakil tuan rumah, Amy Wang menerusi aksi straight set 21-10, 21-11.
Laluannya ke suku akhir tidak mudah apabila sekali lagi bertemu pilihan ketujuh dari Kanada, Michelle Li biarpun pernah menewaskan lawan tersebut di Kumamoto Masters minggu lalu.
Seorang lagi perseorangan wanita, K. Letshaana terpaksa akur tewas 18-21, 21-16, 18-21 kepada pilihan keenam dari Thailand, Supanida Katethong selepas bertarung lebih sejam. – KOSMO! ONLINE

2 hours ago
2



![[VIDEO] ‘Dulu nenek dukung saya, sekarang nenek dukung cicit’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/cucu-nenek-cicit.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kalau aku kerja sini, 8 pagi masuk, 8.01 pagi dekat bilik jenazah’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/pekerja-ular.jpeg)

![[VIDEO] ‘Ni baju nikah arwah Najmi, kawan baik Aidil’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-19-at-2.33.18-PM.jpeg)








![[VIDEO] ‘Hanya Allah tahu perit ujian bayi yatim piatu Laylaa’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-19-at-12.40.09-PM.jpeg)
![[VIDEO] Pajero ditemui, mangsa hanyut Sungai Klang masih hilang](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-19-at-12.18.37-PM.jpeg)
































