Jiran terpaksa ‘cilikan’ kucing, elak bau busuk

15 hours ago 8

PETALING JAYA – “Orang yang bela kucing ni, biasa memang suka bergaduh dengan jiran,” itulah antara luahan yang tular di Facebook apabila beberapa pengguna mendakwa masalah bau dan kebersihan akibat pemeliharaan kucing menjadi punca utama keretakan hubungan sesama jiran.

Semuanya tercetus selepas satu perkongsian oleh pengguna media sosial, Noor Mai Fatihah Ismail yang menceritakan pengalamannya berdepan bau najis kucing dari rumah jiran sehingga terpaksa menabur dua peket serbuk cili di hadapan kediaman bagi mengurangkan gangguan.

Menurutnya, jirannya memelihara puluhan kucing yang dikurung dalam sangkar tetapi tidak menjaga kebersihan, termasuk tidak menggunakan pasir kucing sehingga bau najis haiwan itu merebak ke kawasan sekeliling. “Nak bela kucing 10,000 ekor pun kau bela lah! Tapi tolong jaga bau yang keluar dari najis kucing tu. Sampai nak masak pun aku kena tutup hidung,” katanya.

Tambahnya, dia bukan anti-kucing, namun tidak tahan dengan sikap sesetengah pemilik haiwan yang disifatkannya cuai.

“Aku bukan tak suka kucing, tapi aku tak suka orang yang membela. Bau dan najis yang aku nak kena hadap tu yang buat aku rasa nak menyumpah,” tulisnya.

Perkongsian itu turut disokong netizen lain yang mendakwa isu sama sering berlaku, khususnya apabila pemilik kucing mempertahankan haiwan peliharaan mereka tanpa memikirkan keselesaan jiran.

Seorang pengguna, Dayang Mohammad berkata, ada pemilik kucing yang terlalu emosi sehingga sanggup bermusuh dengan jiran demi mempertahankan haiwan peliharaan masing-masing.

“Orang yang membela kucing ni biasa memang suka bergaduh dengan jiran sebab pertahankan kucing mereka, padahal depa yang malas nak bersih. Bau dan kotor dah sebati dengan depa. Maaf, bukan semua naaa, tapi ada yang begitu,” katanya.

Seorang lagi pula menegaskan bahawa haiwan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya tanggungjawab menjaga kebersihan terletak pada pemilik.

“Binatang tu memang tak ada akal. Patut tuannya yang berakal tu fikir,” kata Lee Zaa.

“Tak salah pun pet lover (pecinta haiwan), tetapi yang salah bila pemilik nak membela tapi lepas tangan. Bela sekadar bela. Orang kalau betul2 -betul ‘pet lover’ tak akan biarkan kucing dia merayap keluar. Memang ada jiran yang jenis bela kucing tapi tak jaga pun,” ujar Che Puan Wynn.- KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |