IPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan kerajaan

1 month ago 21
  • Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
  • 12 Februari 2025, 11:56 am
Kakitangan Kementerian Kewangan menunjukkan aplikasi iPayment pada Majlis Peluncuran Sistem iPAYMENT di Kementerian Kewangan, Putrajaya di sini, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu inisiatif Sistem Terimaan Elektronik Kerajaan Persekutuan (iPayment) diperluaskan kepada semua kementerian dan jabatan kerajaan seawal Mac ini.

“Saya gesa supaya penggunaan program iPayment ini dipercepatkan dari jadual akhir April kepada awal Mac ini,” katanya ketika melancarkan sistem iPayment itu di sini, hari ini.

iPayment adalah inisiatif ePembayaran di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025.

Anwar berkata, iPayment adalah satu langkah ke hadapan kerana ia membawa manfaat langsung kepada rakyat dari segi kecekapan dan mengurangkan kerenah birokrasi. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |