IG diserang, Che Ta tenang nikmati sambal udang, telur dadar

1 month ago 35

PETALING JAYA – Selepas barangan rumah disita Majlis Amanah Rakyat (Mara) susulan tunggakan hutang mencecah hampir RM1 juta, Instagram pelakon Rozita Che Wan diserang netizen.

Perkara tersebut berlaku selepas rumah Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta diserbu sekumpulan pegawai agensi terbabit pagi tadi.

Sebilangan besar netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pelakon drama Kiah Pekasam itu yang didakwa liat melunaskan bayaran hutang.

“Ada hutang tak bayar? Ingatkan kaya sangat rupa-rupanya penuh hutang,” kata netizen.

“Betulkah barang rumah kena sita?,” soal peminat.

“Acah-acah tenang ke?,” tanya pengikut.

Bagaimanapun, masih ramai pengikut di laman sosial memberikan sokongan buat isteri kepada pelakon Zain Saidin itu.

“Masing-masing seronok hadir macam tak pernah ada hutang. Maksum dan yakin tiada ujian hidup,” sindir seorang peminat.

“Tenang Che Ta, semua orang pernah buat salah. Mana ada hidup sempurna tanpa hutang,” tutur pengikut lain.

“Jangan komen apa-apa. Ini ujian dia, ujian kita belum tahu lagi,” jelas netizen.

Dalam masa sama, Che Ta pula dilihat seolah-olah tidak mempedulikan orang ramai mengutuk dirinya apabila memberikan ucapan hari jadi buat anak keduanya, Aniq Ezzra.

Dia juga memuat naik gambar juadah makanan seperti sambal udang, siakap masak sweet sour, sayur goreng dan telur dadar yang dipercayai hidangan tengah harinya.

Pagi tadi, serbuan dilakukan pihak Mara ke kediamannya di Kota Damansara setelah pelakon tersebut tidak membayar hutang pinjaman dari agensi itu berjumlah hampir RM1 juta.

Pihak peguam telah menyerahkan writ terbabit hari ini berikutan tiada maklum balas serta kerjasama daripada selebriti itu sebelum ini.

Begitupun, Che Ta dan suaminya tiada di rumah ketika tindakan mahkamah itu dikenakan terhadapnya.- KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |