Ibu tidak sedarkan diri, anak autistik selamat kereta masuk tasik

5 hours ago 4
Kereta dinaiki seorang wanita dan anak perempuannya terbabas ke dalam tasik Unimas.
  • Oleh CHERINE JON
  • 21 Julai 2025, 1:24 pm

KOTA SAMARAHAN – Seorang remaja perempuan autistik selamat, manakala ibunya tidak sedarkan diri selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam tasik di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 10.40 pagi tadi dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan dikerahkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi pihak kami mendapati sebuah kereta Perodua Bezza dinaiki wanita berusia 50 tahun dan anak perempuannya berusia 17 tahun terbabas ke dalam tasik.

“Remaja itu yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) autistik berjaya keluar sendiri dari kenderaan, manakala ibunya dikeluarkan oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital,” katanya dalam kenyataan.

Pasukan bomba kemudian menarik keluar kereta tersebut dari tasik menggunakan tali. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |