Hentian Amanjaya Royal Belum dinaik air

1 week ago 17
  • Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
  • 28 Januari 2025, 8:13 pm
Kawasan jeti berhampiran tempat letak kereta Hentian Amanjaya Royal Belum di JRTB, Gerik dinaiki air, hari ini. - Foto FACEBOOK MAJLIS DAERAH GERIK

GERIK – Pengguna Jalan Raya Timur Barat (JRTB) diminta berwaspada sekiranya berhasrat untuk berhenti di Hentian Amanjaya Royal Belum, di sini ekoran ia dinaiki air, hari ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Gerik, Mohamad Fitri Hassan berkata, perkara itu berpunca daripada kenaikan paras air di Tasik Banding sekali gus menjejaskan tempat letak kereta bahagian bawah jeti awam.

“Sebarang kerosakan kenderaan akibat banjir atau lain-lain adalah di bawah tanggungjawab anda sepenuhnya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |