‘Harga saya masih sama, tak demand pun’

2 weeks ago 14

KUALA LUMPUR – Menjulang dua trofi unggul dalam dua majlis pengiktirafan perfileman peringkat nasional dan antarabangsa bukan alasan, pelakon Sweet Qismina mengakui dia tetap sama, baik dari segi bayaran mahupun pembawaan diri.

Ujar Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 27, kejayaan itu adalah penghargaan kepada usaha dan kerja keras, bukan tiket untuk meninggikan diri.

“Harga saya masih ‘maintain’. Tak ‘demand’ pun. Tiada ada apa pun berubah. Saya masih yang sama.

“Anugerah itu sebenarnya merupakan penghargaan untuk diri sendiri.

“Saya akan perbaiki kekurangan, tapi harga apa semua, tiada beza. Masih sama, tak berubah,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ditanya sama ada akan lebih selektif selepas ini demi menjaga kualiti sebagai pemenang anugerah, pelakon filem Babah itu berkata pendekatannya sudah memang begitu selama ini.

“Sejak dulu lagi saya selektif, tapi bukan terlalu memilih. Kalau cerita itu ada potensi dan saya boleh teroka karakter, saya akan cuba.

“Buat masa sekarang, tawaran datang bertali arus sampai ke tahun depan. Alhamdulillah, semua watak yang ditawarkan adalah karakter yang belum pernah saya cuba.

“Saya harap selepas ini produksi beri lagi watak-watak bagus untuk saya,” ujarnya pada majlis HOHO Hype Up Anugerah Bintang Popular ke -37 (ABP37), di sini, semalam.

Kemenangan mendapat restu khalayak tanpa pertikaian, isteri kepada pelakon Adam Lee itu berkata setiap pengiktirafan datang bersama tanggungjawab untuk terus belajar dan memperbaiki diri.

“Semua ni atas penilaian juri. Jadi saya tak ada kata apa. Berada bersama mereka yang hebat dah cukup membanggakan.

“Banyak lagi yang saya perlu pelajari dan terokai dalam industri seni.

“Apapun lepas ni saya akan cuba yang terbaik dan tunjuk sisi lain Sweet Qismina dalam lakonan. Harap trofi ini juga semua buka mata produksi lagi,” jelasnya.

Kelmarin, Sweet terus memahat sejarah apabila diumumkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik AIFFA2025, menewaskan Hong Dao (Vietnam), Imelda Budiman dan Zulfa Maharani (Indonesia), serta Katrina Halili (Filipina).

Sebelum ini, Sweet juga pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik FFM34 menerusi filem sama, membuktikan bakatnya bukan sahaja diiktiraf di arena tempatan, malah antarabangsa. – KOSMO! ONLINE.

Read Entire Article
Pertanian | | | |