Hajiji (empat dari kanan) menyaksikan Majlis Penyerahan 1,974 Geran Subsidiari 1Borneo kepada USIA oleh Jabatan Tanah dan Ukur di Menara Kinabalu pada Khamis. -FOTO IVAN AMIRUL
- Oleh IVAN AMIRUL
- 20 November 2025, 4:10 pm
KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melahirkan keyakinan untuk mencapai majoriti mudah pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) kali ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keyakinan berkenaan adalah berasaskan kejayaan nyata Kerajaan GRS sepanjang lima tahun memerintah.
“Kita begitu yakin kerana dalam masa lima tahun ini. “Kerajaan telah berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan Sabah,” katanya sambil menambah bahawa pelbagai sektor ekonomi telah dipertingkatkan selain program kebajikan meluas untuk membantu rakyat.
Hajiji berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan 1,974 Geran Subsidiari 1Borneo kepada USIA oleh Jabatan Tanah dan Ukur di Menara Kinabalu pada Khamis.
Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan turut menumpukan kepada pembangunan modal insan dengan menyediakan bantuan pendidikan terbesar dalam sejarah Sabah.
“Dalam masa hampir lima tahun, kita belanja RM1.3 bilion. Biasiswa pun kita tingkatkan dan macam-macam lagi”, katanya.
Menurut beliau, kejayaan kerajaan termasuk termeterainya perjanjian dengan PETRONAS, peningkatan hasil negeri daripada hampir RM4 bilion kepada RM7 bilion selain rizab negeri yang bertambah daripada sekitar RM3 bilion kepada lebih RM8 bilion.
“Ini satu kejayaan dan rakyat mesti melihat ini,” katanya sambil menyatakan hampir 100,000 rakyat dibawah E-Kasih menerima bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) bernilai RM300 sebulan termasuk bantuan perumahan seperti Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ),” ujar beliau.-KOSMO! ONLINE

1 week ago
18














![[VIDEO] ‘Sedihnya…Tok Wan Jagung Gurun dah tinggalkan kita’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/tok-wan-jagung.jpeg)


































