KETUA jurulatih Melaka FC, K. Devan gembira apabila pasukan dapat menjaringkan gol menarik walaupun tewas 1-7 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Pada perlawanan itu, penyerang Melaka FC, Abdul Azim Rahim meledak gol menarik daripada tengah padang sejauh 60 meter untuk menghadiahkan saguhati buat penyokong pelawat sekali gus menyaksikan penjaga gol JDT, Ahmad Syihan Hazmi tertewas pada minit ke-85.
Namun, Devan mengakui masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki selepas pasukannya kekal di tangga tercorot Liga Super tanpa sebarang kemenangan tujuh perlawanan.
Menurut Devan, semua pihak perlu kekal berpijak dibumi yang yang nyata memandangkan ini adalah tahun pertama skuad Hang Jebat itu beraksi dalam kancah utama selepas dinaikkan pangkat dari Liga A1 Semi-Pro.
Devan berkata, kekangan bajet selain jurang kualiti pemain yang jauh berbeza berbanding pasukan utama menjadi antara faktor pasukan tidak dapat tanpil konsisten musim ini.
“Ini bukan soal panik. Kami tidak panik dan tahu di mana kedudukan sebenar kami, malah kami adalah pasukan yang dalam proses pembentukan selepas dinaik pangkat ke liga yang berstatus elit dan banyak cabaran yang perlu kami harungi.
“Sebenarnya kita masih lagi dalam proses pembelajaran, dan pemain perlu terus fokus. Ada perkara positif yang boleh diambil daripada separuh masa pertama pada perlawanan itu, termasuk kemampuan kami menjaringkan satu gol (menerusi ledakan Azim) menentang pasukan sekuat JDT,” katanya.
Azim RahimMengulas mengenai perlawanan, Devan mengakui pasukan dapat beraksi dengan baik pada babak pertama tetapi situasi berbeza pada separuh masa kedua.
“Kita hanya bolos dua gol bada babak pertama. Pada separuh masa kedua, barisan pemain saya bagaikan hilang konsentrasi apabila membenarkan JDT menjaringkan banyak gol dalam tempoh singkat dengan benteng pasukan mudah dibocori,” katanya. – KOSMO! ONLINE

1 week ago
16










![[VIDEO] ‘Sedihnya…Tok Wan Jagung Gurun dah tinggalkan kita’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/tok-wan-jagung.jpeg)






![[VIDEO] Positif dadah, pemandu lori lawan arus 150 km ditahan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/lori-lawan-arus.jpeg)

![[VIDEO] ‘Bukan pandang belakang kak, pandang depan’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/konvo-utim.jpeg)





























