Gempa bumi kuat di Myanmar, gegaran sampai Malaysia

3 weeks ago 17
  • Oleh NUR DANIA ASFA ABDL GHANI
  • 28 Mac 2025, 4:28 pm
Pusat gempa bumi yang berlaku di Myanmar petang tadi.

PETALING JAYA – Satu gempa bumi kuat dilaporkan melanda Myanmar pada pukul 2.21 petang tadi sehingga gegaran tersebut turut dirasai sekitar Semenanjung Malaysia.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan bahawa gempa tersebut berukuran 7.4 magnitud.

“Kejadian berlaku di 21.7 darjah Utara dan 95.7 darjah Timur dengan kedalaman 57 kilometer (km).

“Ia terjadi 55km Barat Daya dari Mandalay, Myanmar,” lapor MetMalaysia.

Bagaimanapun, MetMalaysia berkata, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia lanjutan daripada kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |