Pemain Spurs, Rodrigo Bentancur cuba untuk melepasi jentera tengah pasukan Chelsea pada aksi awal pagi tadi.
- Oleh MEJA SUKAN KOSMO!
- 2 November 2025, 3:58 pm
LONDON – Aksi di laman sendiri gagal dimanfaatkan sepenuhnya Tottenham Hotspur selepas tewas 0-1 kepada musuh setempat, Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.
Gol tunggal perlawanan yang dijaringkan Joao Pedro pada minit ke-34 menjadikan ia kekalahan kelima berturut-turut Spurs kepada Chelsea sehingga dicemuh penyokong sendiri sebaik sahaja perlawanan tamat.
Tambah parah, dua pemain Spurs, Micky van de Ven dan Djed Spence seolah-olah tidak menghiraukan pengurus pasukan itu, Thomas Frank ketika mereka sedang berjalan menuju ke bilik persalinan.
“Bagi saya, ia hanya masalah kecil kerana mereka berdua sudah memberikan segala-galanya dalam perlawanan hari ini. Mungkin mereka kecewa dengan keputusan perlawanan, jadi saya faham tindakan mereka.
“Semua pemain sangat kecewa dengan keputusan perlawanan kerana sasaran mereka adalah untuk mencatat kemenangan. Tidak mudah untuk mengekalkan aksi konsisten ketika kami berada dalam tempoh sukar,” kata Frank. – AGENSI

1 day ago
7

















































