EPL: Guardiola panik jumpa Man. United

1 month ago 60

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola tidak menolak kemungkinan untuk membuat kejutan menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Manchester United di Stadium Etihad awal pagi esok.

Keadaan itu susulan kecederaan sebahagian besar pemain pertahanan seperti John Stones, Nathan Ake dan Manuel Akanji selain Rico Lewis yang tidak dapat diturunkan akibat menjalani penggantungan perlawanan.

Justeru, Guardiola sedia untuk mengambil risiko dengan menggunakan khidmat pemain-pemain lain memandangkan barisan pertahanan yang cergas hanya terdiri daripada Kyle Walker, Ruben Dias dan Josko Gvardiol.

“Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan situasi sekarang. Saya memerlukan pemain (pertahanan) kerana yang cergas ketika ini hanya tiga orang, jadi kita tunggu dan lihat sahaja nanti.

“Mungkin beberapa pemain sayap perlu beraksi di posisi bek kiri dan kanan. Ada kemungkinan juga saya menurunkan Matheus Nunes di benteng pertahanan, namun saya perlu berfikir dahulu apa perlu dilakukan,” katanya.

The Citizens berada dalam situasi cukup sukar ketika ini, terutamanya selepas mereka hanya mencatat satu kemenangan dalam 10 perlawanan terakhir sehingga menyebabkan reputasi Guardiola terjejas teruk.

Meskipun sedang mengharungi tempoh yang memeritkan, namun bekas pengendali Sepanyol itu menjelaskan, moral pemain-pemainnya belum terjejas, sebaliknya mereka lebih bersemangat untuk mengembalikan maruah pasukan.

“Semangat serta karakter pemain masih bersama pasukan. Saya bersimpati dengan pemain kerana terpaksa berdepan keadaan seperti ini walaupun mereka sentiasa bermain mati-matian dalam setiap perlawanan.

“Saya tahu peminat-peminat juga sedih kerana kami tidak pernah berada dalam situasi seperti ini. Mereka mungkin terkejut apabila pasukan tewas tujuh kali dalam tempoh sebulan, berbeza dengan sebelum ini,” ujar Guardiola. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |