Dua rumah terjejas tanah runtuh di Ampang 

5 days ago 12
Kejadian tanah runtuh di Lembah Jaya Utara, Ampang hari ini.
  • Oleh HARRITH HISHAM
  • 4 Disember 2025, 8:12 pm

AMPANG JAYA – Dua buah rumah terjejas akibat tanah runtuh dalam kejadian di Lot 125 Jalan Khalid Al Walid Kampung Bukit Sungai Putih, Lembah Jaya Utara, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima maklumat sekitar pukul 7.09 malam.

Menurutnya, seramai tujuh anggota dan sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
“Laporan komander operasi mendapati kejadian tanah runtuh sepanjang 12 meter telah menghempap atap dua buah rumah setingkat.

“Namun, kejadian tanah runtuh itu tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |