Dua lelaki ditahan kes lelaki ditembak, ditetak di Sendayan

1 week ago 17
Gambar fail membabitkan seorang lelaki yang maut ditembak di sebuah restoran di Nusari Biz Sendayan, Rabu lalu.
  • Oleh NOR AINNA HAMZAH
  • 22 November 2025, 6:24 pm

SEREMBAN – Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki ditembak dan ditetak berhampiran sebuah restoran di sini, semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kedua-dua suspek masing-masing berusia 32 dan 29 tahun direman lima hari bermula hari ini dengan perintah reman dikeluarkan Majistret Saifol Sayuti.

“Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki yang sedang menjamu selera di sebuah restoran maut selepas dipercayai ditembak dalam kejadian di Nusari Biz Sendayan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |