Dua beranak ditemukan maut dalam bilik, anak 7 tahun sempat lari

16 hours ago 6

KULIM – Hanya kerana marahkan teman lelaki, seorang ibu dipercayai sanggup membunuh anak perempuannya sebelum bertindak mengambil nyawanya sendiri di sebuah rumah di Taman Perak di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 11 malam itu, wanita berusia 30 tahun tersebut dijumpai dalam keadaan tergantung pada kipas siling di bilik tidur utama, manakala mayat anaknya yang berusia empat tahun ditemukan di atas tilam dalam bilik sama.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan berkata, siasatan awal percaya wanita tersebut dipercayai menekup muka anaknya dengan bantal sebelum mengambil nyawanya sendiri.

Katanya, mangsa dipercayai bertindak demikian akibat tekanan perasaan selepas kecewa dengan teman lelakinya yang didakwa mempunyai hubungan dengan wanita lain.

“Turut ditemui dua nota tulisan tangan yang ditampal pada akuarium yang mengandungi permohonan maaf dan luahan kecewa dengan masalah peribadi yang dihadapinya.

“Dia menyatakan tidak sanggup menanggung sakit hati dan mendakwa anak-anaknya tidak boleh tinggal dengan sesiapa menyebabkan dia bertindak membawa mereka bersama,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zulkifli berkata, kejadian itu disedari selepas seorang jiran terdengar jeritan anak lelakinya berusia tujuh tahun yang turut menjadi mangsa, namun kanak-kanak itu terselamat dan sempat meminta pertolongan.

“Jiran yang bergegas ke lokasi menjumpai wanita itu dalam keadaan tergantung sebelum menghubungi polis,” katanya yang memberitahu pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesan pecah masuk di lokasi kejadian.

Pemeriksaan ke atas kanak-kanak lelaki itu menemui kesan jerut pada leher dan lebam sebelum dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan. Polis menemui MyKad dan MyKid milik tiga beranak itu dan beberapa barangan peribadi termasuk kad bankjadian.  Kes disiasat mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |