PETALING JAYA – Membina perniagaan sendiri memerlukan kecekalan, komitmen dan pengorbanan yang tinggi terutama apabila bermula sebagai pemandu lori treler.
Menerusi perkongsian ahli perniagaan terkenal, Richard Kerr di Aplikasi X, pertemuan bersama seorang pemandu lori tunda yang mengingatkannya tentang maksud disiplin dalam perniagaan.
Sebelum ini, pemandu lori tersebut hanya memandu lori treler selepas menamatkan pembelajaran di Tingkatan 4 dan menyambung pengajian ke Institut Kemahiran Mara.
“Ketika dia mahu memulakan perkhidmatan tunda sendiri, dia (pemandu lori) beritahu saya bahawa dia lansung tidak layak mendapat pinjaman perniagaan. Jadi dia ambil pinjaman peribadi sebagai gantinya.
“Walaupun faedah lebih tinggi dan risiko lebih besar. Dia membeli lori tunda pertamanya. Selama lima tahun, dia membayar setiap ansuran tepat pada masanya,” katanya.
Perjalanan jauh serta malam yang panjang sebagai pemandu lori memerlukan kerja keras dan tanggungjawab terutama apabila hanya berjumpa keluarga setiap satu hingga dua minggu sahaja.
“Empat tahun kemudian, dia (pemandu lori) telah menaik taraf kepada lori yang lebih baik dengan sistem pemuatan automatik. Kini dia memilih sendiri waktu kerjanya.
“Orang lain mungkin dah ada 7 lori. Itu rezeki dia. Rezeki kita lain,” katanya.
Pemandu lori itu mendakwa walaupun masih susah, tetapi semuanya berlaku atas kehendak sendiri.
Dalam masa sama, dia turut berpesan kejujuran penting dalam perniagaan dan tidak dengki kepada orang lain.
Tinjauan Kosmo! mendapati ramai turut bersetuju dengan pemandu lori yang mengambil langkah memulakan perniagaan memerlukan disiplin yang tinggi.
“Untuk mengusahakan perniagaan, bukan sahaja persepsi malah, prinsip juga diperlukan. Perniagaan yang jujur itu sebenarnya susah,” komen @Smart69pls
“Langkah kecil, pertumbuhan perniagaan perlahan serta kejujuran memang resipi sebenar untuk berjaya,” komen @Sieshibaninja –KOSMO! ONLINE

1 week ago
15














![[VIDEO] ‘Sedihnya…Tok Wan Jagung Gurun dah tinggalkan kita’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/tok-wan-jagung.jpeg)


































