PETALING JAYA – Seorang lelaki dipercayai menjadi mangsa kehilangan dompet sebelum menyedari kad bank miliknya digunakan individu tidak dikenali untuk membuat beberapa transaksi tanpa kebenaran.
Kejadian itu dikongsikan adik mangsa menerusi akaun @teehaxirina di Threads, selepas abangnya menyedari dompet miliknya tercicir semalam.
Menurutnya, dompet tersebut mengandungi kad bank selain beberapa barangan peribadi milik abangnya.
“Selepas menyedari kehilangan tersebut, kami mendapati terdapat transaksi yang dibuat menggunakan kad bank abang saya tanpa kebenaran,” katanya.
Berdasarkan rekod transaksi, pencuri berkenaan dipercayai melakukan pengeluaran wang, mengisi minyak di dan membuat bayaran di sebuah premis makanan segera di Sri Petaling.
Lebih mengejutkan, keluarga mangsa turut berjaya memperoleh beberapa bukti termasuk gambar dan rakaman video pencuri ketika menggunakan kad tersebut.
“Bukti-bukti tersebut akan diserahkan kepada pihak polis untuk membantu siasatan dan mengenal pasti individu yang terlibat.
“Abang saya tidak pernah memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menggunakan kad atau wang miliknya bagi transaksi-transaksi tersebut,” katanya.
Perkongsian itu turut mengundang persoalan dalam kalangan pengguna media sosial mengenai bagaimana pencuri berkenaan boleh melakukan pengeluaran wang tanpa mengetahui nombor PIN.
“Satu soalan serius, macam mana dia withdraw cash (keluarkan wang tunai) tanpa nombor PiIN?,” soal pengguna, @sixths_.
Menjawab persoalan itu, adik mangsa berkata, abangnya menggunakan tarikh lahir sebagai nombor PIN kad ATM sehingga memudahkan pencuri menekanya.
“Abang saya yang bijak pergi buat hari jadi dia jadi PIN kad ATM. Cun cun punya,” katanya.
Dalam pada itu, ramai yang mengecam tindakan pencuri yang sewenang-wenangnya menggunakan harta orang lain untuk kepentingan diri.
“Yang seorang tu nampak muka tu macam muka orang kita, beli makan guna hasil curi jadi haram darah daging dalam perut tu,” tegur Aliya.
“Sudah la buruk, perangai pun buruk guna hak orang lain tanpa izin,” komen Zaliaz21.
“Kadang-kadang terfikir mereka ini benak ke apa. Dah sah-sah tempat macm ini semua ada CCTV (rakaman televisyen litar tertutup) benda boleh jadi viral. Muka boleh popular satu Malaysia. Sia-sia hidup lepas tu masuk penjara curi duit tak seberapa,” kata Mai Mustapa. – KOSMO! ONLINE

10 hours ago
8
![[VIDEO] Keputusan rayuan ibu Zayn Rayyan 28 September ini](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-19-at-18.25.09-1.jpeg)













































![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)

