Projek jalan 1 kilometer terbengkalai 4 tahun, RM1 juta lesap

12 hours ago 7
TANGKAP layar menunjukkan keadaan jalan sepanjang satu kilometer yang terbengkalai. - plugtvkenya.
  • Oleh KOSMO!
  • 18 Ogos 2026, 8:00 pm

KAMPALA – Pihak berkuasa Uganda kini melakukan siasatan terhadap beberapa pegawai tempatan berhubung projek pembinaan jalan sepanjang 1 kilometer yang terbengkalai sejak empat tahun lalu, berhubung perbelanjaan sebanyak  AS$242,000 (RM980,000), lapor saluran berita plugtvkenya.

Projek infrastruktur berkenaan, yang pada asalnya dijadualkan siap dalam tempoh dua tahun, gagal disiapkan mengikut garis masa  ditetapkan.

Menurut media tempatan, jurutera di lapangan mendakwa bahawa kelewatan pelaksanaan projek tersebut berpunca daripada penyaluran dana yang tidak konsisten daripada perbendaharaan pusat.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti sebarang unsur penyelewengan atau kelemahan pengurusan dalam mengendalikan dana awam tersebut. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |