Sukma 2026: Selangor, Johor tepati ramalan ke separuh akhir

9 hours ago 7
Barisan pemain Selangor akan menentang Pahang dalam misi memburu ibu emas di peringkat separuh akhir, Khamis ini. - Foto ihsan MSN Selangor
  • Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI
  • 18 Ogos 2026, 11:08 pm

PETALING JAYA – Pasukan pilihan, Selangor FC berjaya menepati ramalan untuk mara ke pentas separuh akhir bola sepak lelaki temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2026 selepas menewaskan Melaka FC sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium MB Petaling Jaya itu, skuad remaja Merah Kuning meraih gol menerusi jaringan Haykal Danish pada minit ke-45 dan Zarul Aidid Mokhtar (m-71).

Skuad tuan rumah akan menentang Pahang yang menewaskan Sabah 1-0 di peringkat separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada Khamis ini.

Gol tunggal jaringan skuad muda Tok Gajah dijaringkan oleh Ibrahim Nyass Ilmu Firaz bin Abdul Aziz pada minit ke-11.

Pahang berjaya menyingkirkan Sabah di peringkat suku akhir, hari ini. – Foto ihsan YB Fadzli Kamal

Sementara itu, satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan Johor bakal menentang Perak dalam usaha memburu slot final pada Sabtu ini.

Johor terpaksa bermandi peluh untuk menewaskan Terengganu 2-1 manakala Perak menang tipis 1-0 ke atas Kedah. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |