GAMBAR HIASAN
- Oleh ASLIZA MUSA
- 8 November 2025, 6:19 pm
PARIT – Polis merampas 69 unit mesin perlombongan Bitcoin dalam serbuan di tiga premis rumah kedai di kawasan Persiaran Seri Iskandar Prima, Seri Iskandar di sini semalam.
Operasi pada pukul 4 petang hingga 7 malam itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bahagian Utara.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, operasi dijalankan hasil risikan dan maklumat berhubung kegiatan kecurian elektrik di kawasan Seri Iskandar. “Hasil serbuan dijalankan berjaya merampas 69 unit mesin perlombongan Bitcoin bersama beberapa peralatan sokongan yang disyaki digunakan untuk aktiviti berkenaan.
Gambar rampasan mesin perlombongan Bitcoin“Kesemua barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah untuk tindakan dan siasatan lanjut. Tiga kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447),” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

7 hours ago
7









![[VIDEO] Kucing teman penghantar makanan curi tumpuan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/Tangkap-layar-hantaran-pengguna-TikTok-memaparkan-kucing-berwarja-oren-menemani-penghantar-makan-dipercayai-tuannya-mencari-rezeki..jpeg)







































