Cuaca cerah kebanyakan negeri sampai petang, hujan di Pahang

1 day ago 16
Gambar hiasan
  • Oleh KOSMO!
  • 31 Ogos 2026, 2:47 pm

PETALING JAYA – Kebanyakan negeri diramalkan mengalami cuaca cerah dan baik sehingga petang ini, namun dua daerah di Pahang berpotensi dilanda ribut petir.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan sebentar tadi memaklumkan Pahang dijangka mengalami hujan lebat berserta ribut petir di Bentong dan Temerloh sehingga pukul 5 petang ini.

Sehubungan itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir bagi dua daerah terbabit sepanjang tempoh sama yang sah tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sementara itu, ramalan cuaca khas sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026 sebelum ini turut menunjukkan Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan berpotensi mengalami ribut petir pada sebelah petang.

Perlis, Kedah dan Pulau Pinang pula diramalkan cerah sepanjang hari. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |