‘Cakap pun guna burung’ – Kamal Adli sambut ‘anniversary’ sendirian

9 hours ago 3

KUALA LUMPUR – Pelakon Kamal Adli reda apabila terpaksa menyambut ‘anniversary’ atau ulang tahun perkahwinan yang keempat bersama Uqasha Senrose sendirian.

Meskipun perkahwinannya bersama Uqasha sedang bergolak, Kamal tetap mengambil cuti selama tiga hari dan membuat perancangan untuk meraikan isterinya.

“Hari ini anniversary perkahwinan saya yang keempat. Sepatutnya memang sudah rancang untuk sambutan, tetapi sudah jadi seperti ini, saya reda,” kata Kamal.

Tambah Kamal, sambutan ulang tahun perkahwinannya kali ini agak berbeza kerana dia meraikan tanpa isteri di sisi.

“Tahun ini agak berbeza kerana raikan sendiri sahaja. Saya memang ambil cuti dan membuat perancangan sambutan, setiap tahun pun begitu.

“Cuma tahun ini tidak berjaya sangat. Orang kata, tahun pertama perkahwinan adalah tempoh yang sangat mencabar. Saya selalu cakap dengan diri, ini dugaan Allah.

“Pasti aka nada benda baik yang Allah hendak beri. Saya harap perkara baik itu adalah bersama dengan anak dan isteri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kamal berterima kasih atas sokongan yang diterima daripada banyak pihak terutama para peminat.

“Doa yang baik-baik, saya bukan hendak raih simpati. Biarlah orang nampak pada waktu ini saya mengejar anak dan isteri saya.

“Saya berperang bukan untuk berpisah tetapi berperang untuk menyelamatkan perkahwinan ini. Terima kasih netizen yang tolong beri idea dan ‘spam’ beramai-ramai menyampai hasrat saya.

“Nampaknya rancangan kita tidak menjadi sangat. Nanti kita rancang yang lain pula. Terima kasih, saya okey sahaja sekarang dan gembira melihat Uqasha pun sedang sibuk bekerja,” tutur Kamal.

Sementara itu, komunikasi antara Kamal dan Uqasha masih terbatas kerana terpaksa menggunakan orang tengah.

“Komunikasi sama seperti hari itu, kita pakai ‘burung’. Mungkin merajuk lama, tetapi ini macam lama sangat. Nak berjumpa anak pun ada prosesnya, saya ikut sahajalah permintaannya,” kata Kamal yang ditemui pada sesi sidang media drama Bahagia Yang Tertangguh di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur sebentar tadi.

Terdahulu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu dan prosiding pertama telah berlangsung pada 22 Oktober lalu.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira yang berusia 18 bulan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |