Bung Moktar meninggal dunia

5 days ago 13
Allahyarham Bung Moktar
  • Oleh IVAN AMIRUL
  • 5 Disember 2025, 2:44 am

‎KOTA KINABALU – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, disahkan meninggal dunia sebentar tadi.

Anak Allahyarham, Naim Moktar memaklumkan pemergian bapanya menerusi hantaran laman Facebook kira-kira pukul 2 pagi.

‎”Assalamualaikum. Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kami, Moktar bin Radin telah menghembuskan nafas terakhir pada 5 Disember 2026, pukul 1.46 pagi.
‎”Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah,” katanya.

Isteri Allahyarham, Zizie Ezette turut berkongsi berita duka pemergian Bung Moktar di Instagramnya.

Hantaran dibuat oleh Naim berhubung pemergian bapanya, Allahyarham Bung Moktar.

‎Sementara itu, tinjauan Kosmo! di Hospital Gleneagle di sini mendapati ahli keluarga dan rakan-rakan Allahyarham bersedih atas pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri Lamag tersebut.

‎Turut kelihatan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Seri Suhaimi Nasir dan Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin. Difahamkan, jenazah akan dibawa ke rumah keluarganya di Luyang. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |