‘Axia ja pun, beria judge isteri aku’

20 hours ago 8

PETALING JAYA – “Aku perhati ja minah ni, aku ajak isteri ikut dia sampai parkir kereta. Lah, Axia ja pun. Beria ‘judge’ (hakimi) isteri aku! Terasa nak pergi tegur juga lah, awat (kenapa) naik Axia ja! Nasib isteri aku halang ja!”

Itu antara reaksi tidak puas hati seorang lelaki apabila ada yang memperkatakan sesuatu yang tidak baik terhadap isterinya, baru-baru ini.

Individu itu di media sosial berkata, dia masih memikirkan apakah perkara yang membuatkan wanita itu tidak puas hati terhadap isterinya sehingga sanggup berkata demikian.

“Semalam aku dan isteri selisih dengan perempuan berpakaian blaus siap bertudung singkat dengan laki dia dekat pintu keluar masuk pasar raya. Dia nak keluar.

“Tengah berselisih tu terdengar dia cakap dekat laki dia dekat sebelah. Dia ingat aku tak dengar kut dia cakap, ‘Selekehnya bini dia ni’, sambil buat muka kerek.

“Pelik isteri aku tak kacau ang (kau) pun, kut terbelaga bahu sampai ang tak puas hati, tak ada. Sampai sekarang ni aku duk terfikir tak habis lagi,” katanya.

Luahan lelaki berkenaan bagaimanapun mengundang rasa kurang senang para netizen yang rata-rata menganggap dirinya sendiri juga ‘sama’ dengan wanita berkenaan.

“Mungkin Axia tu kereta kelapan beliau. Dekat rumah ada Jaguar,” komen @Wan Rizuan.

“Rasa macam engkau ni yang berlagak,” kecam @Syakila Dan.

“Dua-dua tak kena dekat sini, dua-dua judge orang. Pasti ka dia kata dekat bini tu, entah dia tengah cakap pasal orang. Pasti juga ka dia ada Axia ja? Tak payah la kata-kata dekat orang. Tengok diri sendiri ja,” tambah netizen yang lain.

Dalam pada itu, ada juga yang berada di pihak lelaki berkenaan.

“Faham. Ramai orang kecam semula sebab perkataan ‘Axia’. Tapi salute (tabik) la bro pertahankan maruah isteri. Biar miskin harta, jangan miskin adab,” puji @Nor Sabella Melan.

“Tak apa bang, janji keluarga kita jaga aurat. Dah jadi lesen syurga,” pesan Aten Rashid. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |