‘Awak tak sakit dah dekat dunia’

18 hours ago 5

GEORGE TOWN – Isteri kepada Elmi Nu Zamani Aizat Azim, 25, pemuda yang ditemukan lemas selepas terjatuh dari Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang di sini, kelmarin menyifatkan suaminya itu sebagai lelaki terbaik buat mereka sekeluarga.

Menerusi akaun TikTok ‘mummylee’, wanita yang dikenali dengan nama Nurul Natasha Amyra Ishak, 19, itu berkata, berita pemergian suami tercinta itu adalah suatu perkara yang paling mendukacitakan.

“Pemergianmu sangat menyayat hati sayang. Tunggu saya dekat sana, doa saya selalu mengiringi awak cinta.

“Awak tak sakit dah dekat dunia. Allah tahu apa yang awak buat. Awak lelaki yang terbaik. Pergi awak tinggalkan amanah awak sayang. Al-Fatihah,” demikian tulis ibu kepada dua anak itu, sebentar tadi.

Menyingkap di ruang komen, rata-rata pengguna media sosial menitip doa dan semangat buat ibu hamil tersebut.

“Moga tabah dalam harungi kehidupan bersama anak-anak tersayang, kuat selalu,” tulis Fardani.

“Saya tak tahu apa berlaku, tapi saya tahu bukan niat dia nak terjun. Mungkin ada sesuatu di luar kotak kita. Fikir positif. Saya bukan siapa-siapa nak suruh awak kuat dan sabar. Tapi saya tahu awak kuat. Semoga Allah tempatkan arwah suami awak dalam kalangan para-para beriman,” komen Atikah TikTok Shop.

Terdahulu, media melaporkan mayat pemuda yang dilaporkan terjatuh di Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang, menghala ke Perai, Ahad lalu ditemukan dalam keadaan terapung berhamipran jeti di Pengkalan Weld di sini, pagi tadi.

Mayat lelaki itu dijumpai masih lengkap berpakaian seluar jeans dan kemeja-T berwarna putih, kira-kira pukul 9.35 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat mangsa dari pasukan Polis Marin. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |