PETALING JAYA – Seramai 175 aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 serta diculik di perairan antarabangsa berdekatan Kepulauan Crete, Greece telah dilepaskan di Pelabuhan Lera Petra di Kepulauan Crete.
Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, kesemua aktivis berkenaan diculik oleh rejim Zionis Israel dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Heraklion menaiki bas yang disediakan oleh pihak Greece.
“Pegawai liason SNCC memaklumkan, Kerajaan Turkiye telah menyediakan sebuah pesawat berkapasiti 160 penumpang untuk membawa pulang 20 aktivis kemanusiaan warga negara Turkiye.
“Kerajaan Turkiye juga menawarkan mempelawa kepada mana-mana aktivis GSF untuk turut terbang pelepasan penerbangan tersebut dari Lapangan Terbang Antarabangsa Heraklion dijangkakan pada pukul 10.15 malam waktu Malaysia dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pukul 11.45 malam waktu Malaysia,” katanya pada sidang media khas disiarkan pada Facebook Sumud Nusantara Official hari ini.
Beliau berkata, SNCC telah berhubung dengan pihak Kementerian Luar bagi menyelaras urusan perjalanan aktivis Malaysia dari Greece ke Istanbul.
“Tiga wakil SNCC sudah berada di Istanbul untuk pengurusan dan penilaian lapangan. Keputusan sama ada 10 aktivis Malaysia ini akan meneruskan misi atau pulang ke Malaysia adalah bergantung kepada status kesihatan dan situasi semasa,” katanya.
Dalam pada itu, Sani Araby berkata, SNCC mendapat laporan bahawa aktivis kemanusiaan berdepan provokasi dan serangan fizikal serta dipaksa dalam keadaan sangat tidak selesa hingga berlaku insiden keganasan ketika penahanan yang mengakibatkan kecederaan kepada beberapa peserta.
“SNCC mengesahkan dua ahli jawatankuasa GSF iaitu Saif Abu Keshek dan Thiago Avila masih dalam tahanan rejim Israel dan dipercayai bertujuan mengugut dan melumpuhkan keseluruhan misi.
“SNCC menggesa seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa terus memberi tekanan dan mendesak pembebasan aktivis kemanusiaan dunia iaitu Thiago dan juga Saif yang masih ditahan oleh pihak rejim,” katanya. – KOSMO! ONLINE

2 hours ago
3


![[VIDEO] Mas kahwin pohon emas RM15,000, Radin sah suami orang](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-01-at-21.27.33.jpeg)
![[VIDEO] ‘Cik kak, awaklah kena stop dulu, orang tu main road’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/a3f48aef-4e7d-4afa-83ee-757a33aa716e.jpeg)






![[VIDEO] ‘Kasut ni anak beli, tapi dia meninggal dulu sebelum pergi haji’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-01-at-10.41.15.jpeg)



































