Air sungai KL melimpah, laluan di pusat bandar tenggelam

5 days ago 12
Keadaan Jalan Sultan Azlan Shah yang dinaiki air hari ini.
  • Oleh HARRITH HISHAM
  • 4 Disember 2025, 7:24 pm

KUALA LUMPUR – Beberapa laluan di pusat bandar ditenggelami banjir ekoran limpahan air Sungai Klang akibat hujan lebat berterusan petang ini.

Menurut, Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat (KLCCC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), paras air sungai di beberapa kawasan di ibu negara direkodkan melepasi paras bahaya.

Antara laluan yang terkesan ialah Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Sentul.
Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur ketika dihubungi memaklumkan bahawa laporan banjir sedang dikemas kini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |