Gambar Hiasan
- Oleh IVAN AMIRUL
- 15 November 2025, 12:16 pm
KOTA KINABALU – Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) memberi amaran mana-mana anggota parti yang memilih untuk bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah akan dipecat.
Setiausaha Agung Gagasan Rakyat, Datuk Mohammad Razali Razi berkata tindakan bertanding atas tiket bebas adalah bertentangan dengan pendirian dan keputusan parti sebagai komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
”Gagasan Rakyat menegaskan bahawa mana-mana individu yang membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan parti dan mana-mana pimpinan parti walaupun mereka merupakan ahli.
”Sehubungan itu, pihak parti telah membuat keputusan untuk memecat serta-merta mana-mana ahli parti yang melanggar ketetapan tersebut,” katanya.-KOSMO! ONLINE

2 weeks ago
12

















































