Agong santap asam pedas bersama Perdana Menteri

1 month ago 49
  • Oleh KOSMO!
  • 9 Disember 2024, 8:10 pm
Sultan Ibrahim berkenan menikmati santapan tengahari bersama Anwar di Johor Bahru, hari ini dan berangkat sama, Tunku Mahkota Ismail. - Foto FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menikmati santapan tengah hari bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah restoran asam pedas terkenal di Johor Bahru, hari ini.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap Perdana Menteri di Istana Pasir Pelangi.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, turut berangkat ke sesi mengadap serta santapan tengah hari berkenan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |