PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan rayuan berhubung pembebasan Ketua Bahagian Bersatu Port Dickson Badrul Hisham Shaharin atau Chegu’bard atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang boleh menjejaskan nama baik Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
Dalam kenyatannya hari ini, AGC telah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi hari ini yang mana keputusan rayuan itu dibuat selepas mempertimbangkan keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan tertuduh.
“Setelah mempertimbangkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tersebut, jabatan ini (AGC) telah memfailkan Notis Rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi merayu terhadap keputusan pelepasan dan pembebasan tersebut pada hari ini,” kata kenyataan itu.
Terdahulu Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan Badrul Hisham Shaharin daripada pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang boleh menjejaskan nama YDPA.
Hakim Norma Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap tertuduh.
“Setelah meneliti keterangan dan hujahan daripada kedua-dua belah pihak, sehubungan itu tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil membela diri,” kata hakim itu.
Dalam prosiding hari ini, Badrul Hisham, 46, diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Sabri Othman.
Seramai empat saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan sejak hari pertama perbicaraan pada 16 Mei lalu yang mana antaranya ialah pengadu dari Istana Negara, dua saksi dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta pegawai penyiasat kes.
Pada 29 April 2024, Badrul Hisham
didakwa telah mengeluarkan kenyataan fitnah, dengan ada sebab untuk mempercayai bahawa kenyataan fitnah itu akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara di sini pukul 6 petang pada 22 Januari 2024, mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

4 hours ago
2
![[VIDEO] Hebat Bezza, jadi pilihan polis Papua New Guinea](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-04-at-21.02.41.jpeg)
















![[VIDEO] Berpeluh dalam komuter 40 minit](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-2025-11-04T141912.331.png)































