Gambar hiasan
- Oleh IVAN AMIRUL
- 4 Disember 2025, 6:46 pm
SANDAKAN – Seorang lelaki ditemukan tidak bernyawa di dalam bilik tidur selepas dipercayai ditetak abangnya menggunakan senjata tajam di rumahnya di Bandar Karamunting di sini pada Ahad lalu.
Kejadian itu disedari kira-kira pukul 5.30 petang apabila ibu mangsa yang baru pulang ke rumah mendapati pintu bilik anaknya terhalang sebelum terlihat lelaki berusia 43 tahun tersebut dalam keadaan berlumuran darah.
Ketika kejadian, hanya mangsa dan abangnya berada di dalam rumah.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd. Rakman berkata, susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 44 tahun yang juga abang mangsa pada pukul 8.45 malam hari sama, sebelum menjumpai seluar berlumuran darah dan tiga bilah parang yang digunakan dalam pembunuhan itu.
“Siasatan awal mendapati, mangsa mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala, belakang telinga, perut serta tangan akibat senjata tajam. Bedah siasat akan dijalankan dan motif kejadian masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Suspek yang dikatakan mempunyai masalah mental dan tidak bekerja turut tinggal bersama keluarga di rumah berkenaan. – KOSMO! ONLINE

5 days ago
11





![[VIDEO] Dua kenderaan halang ambulans bawa pesakit disiasat](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-09-at-9.00.04-PM.jpeg)











































