ISKANDAR PUTERI – Impian wakil Malaysia, Johor Darul Takzim (JDT) meraih tiga mata berharga di laman sendiri berhasil apabila berjaya membenam Shanghai Shenhua pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ECLE) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), di sini malam tadi.
Kemenangan 3 -1 itu sekaligus membolehkan pasukan pimpinan Xisco Munoz mendaki lapan anak dari tangga ke-10 ke tangga kedua kumpulan A dengan mengumpul 7 mata hasil empat perlawanan.
Seawal minit keempat, Oscar Arribas nyaris meletakkan Harimau Selatan dihadapan namun rembatan kencangnya dinafikan penjaga gol lawan, Bao Yaxiong sebelum bola melantung terkena tiang gol.
Pada minit ke-22, Jairo Macedo berpeluang memecah kebuntuan apabila meledakkan gol namun rembatannya dibatalkan pengadil perlawanan dari Jordan, Adham Makhadmeh kerana berada dalam kedudukan ofsaid.
Lapan minit selang, Jairo sekali lagi kecewa apabila sepakannya dinafikan penjaga gawang Shanghai Shenhua.
Tiang gol Tembok Besar China sekali lagi menjadi penyelamat sejurus menafikan sepakan deras Arribas pada minit ke-35 sekaligus membuatkan kem JDT hampa mencari gol di separuh masa pertama.
Memasuki babak kedua perlawanan, keutuhan Tembok Besar China akhirnya runtuh pada minit ke-47 selepas Jonathan Silva menyempurnakan umpanan Arif Aiman sekaligus melepaskan sepakan terus menerjah jaring gol.
Tersentak dengan jaringan pembukaan, anak buah Leonid Slutskiy tidak mudah mengaku kalah membuat serangan balas ke kubu pertahanan JDT sehingga nyaris menyama kedudukan.
Dalam keghairahan mencari peluang gol, kealpaan pasukan Bunga Shanghai dihukum pada minit ke-63 setelah Arribas melepaskan rembatan menghadiahkan gol kedua JDT susulan menerima hantaran Afiq Fazail.
Shanghai Shenhua merapatkan jurang gol apabila penyerang gantian, Saulo Mineiro mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-71 selepas Natso Insa menjatuhkan pemain lawan.
Api kebangkitan Shanghai Shenhua mula luntur berikutan J. Silva mencetak selaku penjaring gol ketiga pada minit akhir perlawanan setelah menerima lorong cantik daripada Arif Aiman.
Keputusan 3-1 itu kekal sehingga visel penamat dibunyikan.-KOSMO! ONLINE

7 hours ago
2










![[VIDEO] Isteri Prince Syed masuk hospital tiada kaitan komplikasi bariatrik](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/Dr.-Abdul-Gafoor-ketika-mengulas-mengenai-keadaan-Fatin-Syazwani-di-TikToknya-semalam..jpeg)






![[VIDEO] Pengawal sekolah dirai besar-besaran pada majlis persaraan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/Tangkap-layar-memaparkan-hantaran-oleh-@Kak-Rock-Laa-di-laman-TikTok.jpeg)






























