‎Abdul Rahman tarik diri sebagai calon BN di Tempasuk

2 weeks ago 14
‎Abdul Rahman.
  • Oleh IVAN AMIRUL
  • 12 November 2025, 9:52 pm

KOTA KINABALU – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Tempasuk, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dikatakan menarik diri daripada dicalonkan.

‎Keputusan itu dibuat selepas tiga hari diumumkan sebagai calon BN bagi kerusi itu oleh Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

‎Pada Ahad lalu, nama Ketua UMNO Tuaran itu diumumkan antara 41 calon BN yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU Sabah) Ke-17.

‎Hari ini, Bung Moktar mengumumkan tambahan empat lagi kerusi ditandingi BN bersama calon masing-masing menjelang hari penamaan calon pada Sabtu ini.

‎Berita penarikan diri Abdul Rahman itu disahkan Bung Moktar seperti dilaporan beberapa akhbar dalam talian dan portal berita hari ini.

‎Sebelum ini, Bung Moktar menjelaskan pencalonan Abdul Rahman di Tempasuk mengambil kira kedudukannya yang pernah menjadi Ahli Parlimen Kota Belud selama dua penggal dari 2008.

‎Beliau berpindah ke Parlimen Sepanggar pada 2018, namun tewas di tangan calon Parti Warisan, sebelum kembali bertanding di Kota Belud pada PRU 2022 tapi tewas juga di tangan calon Warisan.

‎Berdasarkan laporan media hari ini, Bung Moktar bagaimanapun tidak mendedahkan sebab Abdul Rahman menarik diri.

‎Tempatnya sebagai calon BN di Tempasuk akan digantikan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud, Azuwan Marjan Norjan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |