8 nelayan Vietnam dicekup tangkap ikan guna bot tempatan

4 weeks ago 24
Sebuah bot tempatan dinaiki lapan nelayan warga Vietnam yang ditahan di perairan Kelantan dekat Tok Bali, Pasir Puteh semalam. Foto IHSAN APMM
  • Oleh TOREK SULONG
  • 24 September 2025, 5:11 pm

PASIR PUTEH – Seramai lapan nelayan warga Vietnam dicekup selepas didapati menggunakan bot tempatan untuk menangkap ikan sekali gus melanggar syarat lesen operasi di 7.03 kilometer dari muara Tok Bali, di sini semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, tangkapan itu dilakukan kira-kira pukul 12.30 tengah malam menerusi rondaan Op Naga, Op Damai dan Op Tiris.

Menurutnya, bot tersebut dinaiki oleh lapan nelayan termasuk tekong warga Vietnam yang berusia antara 25 hingga 37 tahun.

Seramai lapan nelayan warga Vietnam yang ditahan di perairan Kelantan dekat Tok Bali, Pasir Puteh semalam. Foto IHSAN APMM

“Siasatan awal mendapati, kesemua nelayan itu tidak memiliki permit kerja sah dan menggunakan dokumen pasport yang meragukan sekali gus melanggar syarat lesen di bawah Akta Perikanan 1985.

“Selain itu hasil laut seberat 5,000 kilogram, bot dan peralatan menangkap ikan turut dirampas bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |