42 PATI keras kepala kerja secara haram

1 hour ago 1
ANTARA PATI yang diberkas dalam operasi bersepadu yang dijalankan JIM Johor di sekitar Batu Pahat, kelmarin. Foto IHSAN IMIGRESEN
  • Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
  • 3 Disember 2025, 3:25 pm

BATU PAHAT – Tindakan 42 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang keras kepala bekerja dan tinggal di negara ini secara haram memakan diri apabila mereka diberkas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menggempur kawasan berkenaan dalam siri operasi besar-besaran kelmarin.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, operasi bersepadu menerusi Ops Selera, Ops Kutip, Ops Mahir dan Ops Sapu dilakukan bermula pada pukul 12 tengah hari.

“Seramai 162 individu diperiksa dalam operasi berkenaan dan 42 ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. Warga asing yang ditahan terdiri daripada sembilan lelaki warganegara Nepal, lapan lelaki Bangladesh, 19 lelaki Myanmar, lima lelaki Indonesia dan seorang lelaki Pakistan.

“Mereka yang ditahan berusia antara 25 tahun hingga 58 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd Rusdi, semua yang ditahan telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan ditempatkan di Depoh Imigresen Pekan Nanas di Pontian untuk tindakan lanjut.

Tambah beliau, sebanyak tiga keping borang 29 iaitu saman kepada saksi telah dikeluarkan sepanjang pemeriksaan untuk membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |