4 maut kemalangan tiga kereta, dua motosikal

3 weeks ago 26
  • Oleh CHERINE JON
  • 14 Januari 2025, 4:54 pm
Keadaan di tempat kejadian kemalangan di Jalan Stutong, Kuching.

KUCHING – Tiga lelaki dan seorang wanita maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kereta dan dua motosikal di Jalan Stutong menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini hari ini.

Kejadian itu turut mengakibatkan seorang wanita kritikal, seorang lelaki cedera parah dan tiga lelaki cedera ringan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan BBP Batu Lintang telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan kira-kira pukul 1 tengah hari.

“Kesemua mangsa yang meninggal dunia telah disahkan oleh paramedik di lokasi kejadian dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Mangsa yang kritikal dan cedera telah dibawa ke hospital oleh ambulans,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |