3 pendaki terperangkap arus deras di Sungai Pisang

2 weeks ago 14
Anggota bomba ketika melakukan aktiviti menyelamat mangsa yang terperangkap di Sungai Pisang, petang ini. FOTO IHSAN JBPM
  • Oleh MUHAMMAD NAJIEB AHMAD FUAD
  • 13 November 2025, 6:04 pm

GOMBAK – Seramai tiga pendaki dilaporkan terperangkap di seberang sungai ekoran arus deras di Sungai Pisang, di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.43 petang.

“Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 32 kilometer.

“Pasukan bomba tiba pada pukul 4.09 petang dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS)” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihaknya mendapati terdapat tiga mangsa terperangkap di seberang sungai selepas arus deras menyukarkan mereka menyeberang semula ke laluan utama.

“Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan bomba,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |