15 pelajar, tiga warden cemas maahad tahfiz terbakar

3 hours ago 2
ANGGOTA bomba memadam kebakaran kediaman pelajar dan warden Maahad Tahfiz Sains Al In Syirah, Kempas yang terbakar dalam kejadian petang hari ini.
  • Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
  • 2 April 2026, 8:48 pm

JOHOR BAHRU – Seramai 15 pelajar dan tiga warden Maahad Tahfiz Sains Al In Syirah, Kempas berdepan detik cemas apabila penginapan mereka di tingkat tiga dijilat api dalam kebakaran di Jalan Sri Perkasa 1/5, Taman Tampoi Utama di sini petang hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan I Amimuzamam Aini berkata, 20 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian bersama tiga buah jentera selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.35 petang.

Menurutnya, sejurus Pasukan Keluar Operasi (PKO) ditiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati kebakaran berlaku di tingkat tiga bangunan tiga tingkat jenis kekal.

“PKO bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran hos pancutan dan dibantu PKO BBP Kempas.

“Anggaran kemusnahan lebih kurang 50 peratus. Kesemua 15 pelajar dan tiga warden berjaya menyelamatkan diri sebelum pasukan bomba tiba,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Amimuzamam berkata, punca dan anggaran kerugian masih lagi dalam siasatan.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |