SERAMAI 12 nelayan terapung di laut lebih 7 jam. - Foto Facebook
- Oleh KOSMO!
- 22 November 2025, 6:26 pm
BANGKOK – Seramai 12 nelayan termasuk seorang kanak-kanak, berjaya diselamatkan petang semalam selepas kapal menangkap ikan yang mereka naiki karam semasa laut bergelora kira-kira 30 kilometer dari pantai Pattaya, Thailand, lapor portal berita The Pattaya News.
Juragan dan 11 yang lain terpaksa terjun menyelamatkan diri dan berada di laut lebih tujuh jam sebelum pasukan penyelamat tiba.
Pasukan daripada Unit Penyelamat Laut Pattaya dan Yayasan Sawang Boriboon Pattaya segera menghantar bot laju ke lokasi kejadian selepas menerima laporan kejadian.
Beberapa kru melaporkan bahawa kapal mereka berdepan keadaan laut bergelora dan pam air gagal berfungsi, menyebabkan bot dipenuhi air sebelum karam.
Semua mangsa dilaporkan keletihan, mengalami hipotermia dan menggeletar teruk akibat terlalu lama berada di laut.
Punca sebenar kejadian kapal karam itu masih dalam siasatan. – AGENSI

1 week ago
16










![[VIDEO] ‘Sedihnya…Tok Wan Jagung Gurun dah tinggalkan kita’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/tok-wan-jagung.jpeg)






![[VIDEO] Positif dadah, pemandu lori lawan arus 150 km ditahan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/lori-lawan-arus.jpeg)

![[VIDEO] ‘Bukan pandang belakang kak, pandang depan’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/konvo-utim.jpeg)





























