[VIDEO] ‘Umur dah 30an dan ada ijazah bidang kimia, tapi…’

1 week ago 14

PETALING JAYA – “Umur dah 30an, pemegang ijazah bidang kimia dengan biasiswa JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) tetapi tiada kerjaya.”

Itu pengakuan seorang wanita berusia sekitar 30an bahawa dirinya mempunyai latar belakang pendidikan tinggi, namun masih tidak memiliki kerjaya sesuai dengan kelulusan.

Menggunakan profil @izzti.is di media sosial, wanita itu turut berkongsikan video dia sedang memasak dan memaklumkan kini dia bekerja sebagai peniaga jalanan.

Dalam masa sama, dia turut bertanya kepada orang ramai, adakah dirinya seorang yang gagal di dalam kehidupan disebabkan ‘nasibnya’ itu.

“Tak pandai bisnes tapi tengah cuba nasib. Sekarang jadi peniaga jalanan. Adakah aku gagal?,” katanya.

Luahannya itu mengundang perhatian orang ramai yang tampil memberi semangat, malah tidak kurang juga berkongsikan pengalaman serupa.

“Tenang, (saya) pemegang PhD dengan biasiswa JPA. Tak ada kerja, selalu jadi tutor. Akhirnya aku meniaga makanan juga. Pendidikan untuk rohani kita, bukan lesen untuk cari rezeki,” ujar @edin.

“Zaman sekarang ni memang tak boleh nak nilai orang kerja apa ya, semua orang bijak-bijak,” komen @Eika Jasmin.

“Aku bidang kejuruteraan nuklear. Sekarang buat bisnes biskut, kek and pastri dan sambilan menjahit. Kau rasa? Gagal? Aku pun tak tahu. Gelak sajalah,” tambah netizen yang lain. – KOSMO! ONLINE

@izzati.is_ Semoga yang baik2 untuk saya 🤲🏻🥺 #April2025 ♬ I Miss You (Instrumental Version) – Jwlpiano_
Read Entire Article
Pertanian | | | |