PETALING JAYA – Gelagat seorang kanak-kanak perempuan yang tanpa segan memakan aiskrim milik seorang wanita mencuri perhatian ramai di media sosial.
Menerusi video dikongsikan pengguna TikTok @sierraelizabeth_ong, wanita berkenaan kelihatan terkejut apabila menyedari aiskrim di tangannya tiba-tiba ‘disambar’ oleh kanak-kanak tersebut.
Namun tanpa berfikir panjang, wanita itu ketawa kecil dan menyerahkan aiskrimnya kepada kanak-kanak berkenaan.
Ibu yang menyedari kejadian tersebut segera meminta maaf dan menggantikan aiskrim berkenaan dengan yang baharu.
“Buat aunty (makcik) yang aiskrimnya dimakan, Sierra minta maaf ya,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Tindakan spontan itu mengundang ketawa dan pujian ramai pengguna media sosial yang turut tersentuh dengan sikap bertimbang rasa.
“Nasib baik Mixue saja, dik. Kalau Godiva, menangis mak kau,” komen Fawaz.
“Dunia kalau penuh orang yang baik memang tenang ya. Aunty tu tak marah pun bila aiskrimnya dimakan, ibu pun sedar dan terus gantikan,” kata @anyuk_ayuk
“Bagus kan bila orang tak pilih untuk bertindak agresif? Bagus dua-dua saling memahami,” komen Makkari. – KOSMO! ONLINE
@sierraelizabeth_ong Buat anty yg 🍦 di makan sierra mohon maaf yaa 🙏🙏 #viral #fyp #humor #cutebaby #family ♬ suara asli – sierra