PETALING JAYA – Tindakan empat orang penunggang motosikal berkuasa tinggi dipercayai warga Singapura cuba melepasi palang tol di Johor, mengundang kemarahan ramai, baru-baru ini.
Menerusi hantaran di TikTok, memaparkan salah seorang penunggang bertindak mengangkat palang tol sebelum rakannya melalui bahagian bawah halangan berkenaan.
Difahamkan, tindakan tersebut dilakukan selepas tersalah jalan sehingga terlepas laluan khas motosikal, sekali gus terpaksa melalui plaza tol berkenaan.
Video berdurasi satu minit 13 saat itu turut memaparkan seorang pekerja plaza tol membetulkan semula palang sebelum mengarahkan penunggang motosikal terbabit menggunakan laluan khas motosikal.
Tinjauan Kosmo! mendapati ramai mengecam dengan penunggang motosikal tersebut yang dilihat sengaja bergurau satu sama lain.
“Masuk laluan tol itu memang satu masalah. Selepas itu, kau pergi tolak palang tol itu kenapa? Boleh sahaja alih kon putih itu, macam sengaja buat kerosakan,” komen @ReezwanMohd.
“Tengok cara penunggang motosikal seperti sengaja terlepas laluan motosikal. Dia sebenarnya tahu sahaja kena masuk laluan mana,” komen @Mnaimzubaidi.
“Singapura tiada palang tol ke sampai tolak palang tol negara lain? Boleh pula rosakkan dan gelak-gelak,” komen @WanOleen.
Sementara itu, ramai turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penunggang motosikal yang tidak mengikuti peraturan jalan raya.
“Mohon pihak berkuasa ambil tindakan terhadap mereka. Semakin ramai yang akan berani sekiranya tiada tindakan keras diambil” komen @PokdaAmat.
“Sebagai pengawal keselamatan di plaza tol, perkara macam ini memang selalu terjadi. Kalau penunggang motosikal tergolek di lorong yang tak dibenarkan, kami buat tak tahu sahaja,” komen @MohdHasni. –KOSMO! ONLINE
@mustsharenews The motorcyclists were called out by netizens to follow and respect local laws. #mustsharenews #sgfyp #malaysia ♬ original sound – MustShareNews
1 day ago
6



















![[VIDEO] ‘Abang polis’ hadiah bermakna hari lahir kanak-kanak tiga tahun](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/01/VIRAL-TULAR-POLIS-HARI-JADI.jpeg)





























