[VIDEO] Nasi kerabu RM44 daging keras macam batu

1 day ago 6

PETALING JAYA – Seorang pelanggan kecewa apabila dikenakan bayaran RM44 untuk nasi kerabu berserta daging, namun lauk tersebut dikatakan keras seperti batu.

Menerusi hantaran dimuat naik pengguna TikTok umairah_halim, harga berkenaan terlalu mahal serta tidak sepadan dengan keadaan daging yang diterimanya.

“Mulo tu dengar 14 ya (mula dengar RM14), aponyo keno 44 ya (apanya kena RM44). Tok laki aku oyak kalu 30 ya boleh kiro lagi (suami aku cakap kalau RM30 boleh kira lagi).

“Aku rasa lada solok tambah daging. Dio guno (dia guna) wagyu kali gak (agaknya), tapi kerah po batu daging dio (keras macam batu daging dia),” luah wanita tersebut.

Dia tidak dimaklumkan lokasi premis berkenaan, namun berdasarkan ‘hashtag’ berkemungkinan dibeli di pasar pagi di Seksyen 13, Shah Alam.

Menjawab salah satu komen, wanita itu berkata, sekiranya peniaga mahu menjual nasi kerabu dengan harga yang mahal, ia perlu sepadan dengan keadaan menu tersebut.

“Nak jual murah boleh, jangan sampai mati modal. Nak jual mahal sikit pun boleh, tapi biar padan dengan barang,” katanya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang sependapat dengan wanita itu bahawa harga RM44 untuk nasi kerabu lauk daging terlalu mahal dan mereka turut membandingkannya dengan harga di tempat lain.

“Mahal betul, saya hari tu makan nasi kerabu lemak bakar dan solok lada baru RM9. Kat Kelantan lah,” komen seorang pengguna TikTok.

“RM44 baik beli tiket bas balik kampung, beli (nasi kerabu) dalam RM3, RM4 sebungkus. Boleh makan, boleh jumpa mak pula. Tambah RM10 saja,” kata seorang pengguna TikTok.

“Pakai beras basmati ko gano ni (ke macam mana ni). Ikan salmon ke tu,” ujar seorang individu. – KOSMO! ONLINE

@umairah_halim Mulo tu dgr 14ya . Apo nyo keno 44ya 😆 toklaki ak oyk klu 30ya blh kiro lg . Ak rase kih lado solok n tambh dging . Dio guno dging wagyu kli gk tpi kerah po batu dging dio 🤣 #nasikerabu #seksyen13 #pasarpagi #shahalam ♬ original sound – putrashafieMY
Read Entire Article
Pertanian | | | |