[VIDEO] Mercedes terbakar di Lebuh Raya Persekutuan, sesak teruk ke KL

23 hours ago 7
  • Oleh ARINA MOHD. NOOR
  • 18 April 2025, 7:28 pm
Keaadan sebuah kereta yang terbakar di Lebuhraya Persekutuan -FOTO OLEH AFIERA KHAIRULAZMI

PETALING JAYA – Sebuah kereta mewah Mercedes dilaporkan terbakar di tepi Lebuh Raya Persekutuan arah ke Shah Alam sebentar tadi menyebabkan kesesakan lalu lintas di laluan menuju ke ibu kota.

Insiden yang berlaku sekitar 6 petang itu menarik perhatian pengguna jalan raya apabila api marak dari bahagian hadapan kenderaan, diiringi asap hitam tebal yang boleh dilihat dari jarak jauh.

Setakat ini, identiti mangsa dan punca kejadian masih belum diketahui.

Dalam pada masa yang sama, pasukan bomba dan penyelamat dilaporkan telah dikejarkan ke lokasi untuk mengawal kebakaran. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |